Dimanakah kebenaran??!!
Saya selalu ditanya oleh rakan-rakan yang kononya anti keganasan mengenai Dr Azhari. Pertanyaan tersebut adalah pertanyaan sinis dengan tujuan menepelak saya kononnya belajar tinggi tetapi akhirnya mati dengan sia-sia. Malah ada dikalangan mereka pula menambah sebagai mati katak, masuk neraka kerana membunuh orang yang tak berdosa.
Saya tak berhasrap untuk membuat analisis yang kompleks mengenai Dr Azahari Husin. Sebelum saya menjawab semua soalan berkaitan dengan Dr Azahari adalah lebih baik kita mengambil pendekatan yang matang dan profesional. Berfikir secara profesional dan matang adalah satu cara yang baik daripada kita terus terjerumus dengan berita dan maklumat propaganda yang akhirnya membodohkan minda kita sendiri.
Saya membaca meneliti peribadi Dr Azahari secara spontan sebelum dia dikatakan aktif dengan kumpulan Jamaah Islamiah (JI) yang ada kaitan dengan al-Qaeda. Memang tak banyak maklumat berhubung beliau dan kita pun kenal dia apabila akhbar memaparkan beliau sebagai orang yang dikehendaki kerana terlibat dengan kumpulan Jamaah Islamiah (JI). JI pun kita tak beberapa jelas, seperti mana juga kita tak berapa jelas dengan kumpulan KMN yang mana beberapa orang yang tak berdosa ditahan dibawah akta ISA.
Dia seorang pensyarah yang baik, dulu seorang pelajar Melayu MCKK yang berpontesi. Seorang abang yang bertanggungjawab dan mendidik adik-adiknya. Seorang suami yang boleh dikatakan baik untuk seorang isteri yang tak mendapat anak setelah berkahwin 12 tahun. Masyarakat sekeliling yang mengenalinya juga mengatakan dia seorang baik, tak dengar setakat ini ada yang memburuk-burukkannya dengan perangai yang sombong atau angkuh.
Tapi suasana berubah pada tahun 2002. Dia adalah pengganas antarabangsa yang dikehendaki. Pakar bom yang menjadi buruan polis dunia. Dia dikatakan kejam kerana membunuh manusia yang tak berdosa.
Saya menjadi pening dengan maklumat ini. Tuduhan kepada Dr Azahari Husin sebagai pengebom bersiri di Indonasia adalah tidak jelas. Kita tidak ditunjukkan dengan bukti dan maklumat jelas bahawa dia adalah perancangan dan penyebabnya.
Kita tidak mahu tertipu sebagai kita tertipu dengan isu perang ke atas Iraq. Kononnya Iraq mempunyai senjata permusnah. Akhbar, media massa dunia saban hari membawa cerita-cerita tentang Iraq dengan senjata pemusnahnya. Pakar senjata, penganalisis senjata dunia, gambar satelit dan macam-macam perkara yang kita sendiri pun tak terfikir ada alat secanggih itu boleh mengesan bumi Iraq. Tapi semuanya tipu belaka dan kita diperbodohkan oleh media massa barat dan Yahudi.
Di negara kitapun sama, banyak cerita-cerita lucu misalnya cerita Memali, Sauk, JI, KMN dan macam-macam lagi yang semuanya tak ada fakta yang boleh dipegang secara kukuh bagi mereka yang menggunakan akal fikiran. Akhirnya ramailah dikalangan mereka yang tidak disenangi telah ditahan di bawah ISA tanpa bicara yang adil dan saksama. Bukan mereka sahaja menderita tetapi anak dan isteri juga merana kerana keangkuhan pemimpin yang zalim untuk mengekalkan kuasa.
Dulu pun sama, saya telah membawa artikel tentang Tok Janggut. Sejauh mana kita kenal Tok Janggut. Banyak mana fakta kebenaran yang kita perolehi daripada buku sejarah yang sekarang ini menjadi mata pelajaran wajib? Kita telah dibutakan dengan sejarah kita sendiri akhirnya perjuangan orang terdahulu seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Datok Bahaman, Tuan Haji Abdul Rahman Limbong dll menjadi kabur dan sia-sia. Kita hanya dibanggakan dengan UMNO kononnya UMNOlah maka kita merdeka. Sekali kita ditipu, maka sekali lagi minda kita makin jumud.
Kita mengakui bahawa Dr Azahari adalah seorang pakar bom, beliau banyak menghabiskan masa dan harta untuk membantu perjuangan masyarakat Islam yang di tindas di Maluku, Ambon, Selatan Thailand, Mindano, Afghanistan, Chechen dll. Kita disembunyikan dengan fakta bagaimana masyarakat Islam di Maluku yang dibunuh, mereka dibakar dan ada dikalangan mereka disembelih, tidak lain tidak bukan kerana mereka ini adalah orang-orang Islam. Sebagai seorang Islam memang terdetik dalam jiwa untuk membantu mereka, sebagaimana Salahudin Al Ayub yang datang membela seorang perempuan Islam yang permainkan.
Dr Azahari yang hidup senang lenang meninggalkan kemewahan dunia menjadi manusia buruan kerana menegakkan perjuangan dan maruah umat Islam.
Kita pula jangan terpedaya dengan sumber-sumber berita Yahudi yang cuba memburuk-buruk imej perjuang Islam dengan pengeboman di tempat-tempat awam. Ini semua permainan Amerika dan mereka telah mengenakan tekanan kepada kerajaan Indonasia membawa kepada pemburuan Dr Azahari Husin.
Perkara yang sama juga berlaku kepada Abu Bakar Basir pun dituduh mendalami semua ini, tetapi apabila tidak ada bukti yang jelas dan kerajaan Indonasia yang mendapat tekanan Amerika akhirnya mengurung beliau dengan tuduhan yang tidak jelas. Semua perjuang Islam digambarkan sebagai manusia yang tak ada berperi kemanusiaan membunuh orang sesuka hati. Itulah kehandak Amerika akhirnya kita dimanipulasi dengan maklumat yang jahat dan serong.
Cukup la tertipu, sebagaimana terdedahnya penangkap 2 askar komando elit Amerika di Iraq dengan pakaian seperti Mujahidin yang mempunyai senjata dan bom yang banyak yang seolah-olah Mujahidin melancarkan serangan kepada penduduk awam.
Kita juga tidak mahu tertipu dengan pendedahan penyembelihan tahanan awam oleh kumpulan Jihad adalah lakonan dan mereka yang menyembelih memakai cincin emas dan terdapat banyak keraguannya.
Siapa sebenarnya yang mengebom tempat-tempat awam? Kita perlukan bukti yang jelas dan kukuh. Jangan sampai kita terperdaya dengan tipu helah musuh.
Saya masih ingat lagi semasa saya berbual dengan pakar saraf UMNO yang telah bersara setelah 22 tahun berkhidmat dengan UMNO untuk menatuhkan imej PAS.
Antara lain yang disebut, semasa pilihan raya Pemuda Lasak UMNO akan membakar markas-markas atau bendera UMNO. Bila masyarakat melihat perkara ini maka timbul simpati kepada UMNO dan rasa marah kepada PAS yang kertelaluan.
Bukan sahaja perkara yang besar, malah perkara yang kecil juga dititk beratkan dalam saraf jelas beliau. Misalnya zaman dahulu kepercayaan orang Melayu apabila ada biawak melintas menunjukkan alamat tidak baik. Orang-orang UMNO akan menangkap biawak untuk dilepaskan dalam ceramah-ceramah PAS yang akan memberikan kesan kepada orang atas pagar. Perkara ini berlaku di zaman era 60an.
Soalnya Dr Azahari mati atau tidak bukan soal penting tetapi yang perlu kita perjelaskan di sini imej buruk yang diberikan kepada Dr Azahari dan perjuang-perjuang Islam. Mula-mula kita diberitahu bahawa Dr Azahari meletupkan diri sendiri dalam serbuan yang disertai oleh 10 askar elit Indonasia yang dilatih khas oleh Amerika. Kemudian ada penafian tentang berita ini.
Apakah implikasi daripada berita tentang membunuh diri sendiri? Terdetik dalam diri kita bahawa ini satu perjuangan yang tak betul, bunuh diri sendiri. Secara halus jarum propaganda untuk memburuk imej Dr Azahari telah berjaya. Malah inilah yang digunakan oleh Yahudi untuk memburuk-buruk perjuang Islam, yang juga sama dilakukan oleh kerajaan Malaysia terhadap perjuang Islam di negara kita.
Saya ingin mengambil satu petikan dalam akhbar Harian Metro.
Berdasarkan laporan dipetik daripada laman web sebuah akhbar Indonesia, rumah sewa itu turut didakwa dihuni Abu Mujahid dan isterinya dikenali sebagai Lastari. Kalau baca aje berita ini kita mungkin merasa keraguan kerana Abu Mujahid menghilangkan diri tetapi meninggalkan banyak maklumat, termasuk panduan membuat senjata api.
Bagaimanapun, penduduk setempat mendakwa Abu Mujahid dan isterinya menghilangkan diri tiga hari sebelum sambutan Aidilfitri lalu.
Hasil pemeriksaan terhadap rumah terbabit, polis menemui 40 butir peluru raifal M-16, 10 peluru pistol Colt .38mm, pisau belati dan beberapa dokumen penting dikaitkan dengan aktiviti pengganas.
Selain itu, polis Indonesia turut menemui buku berjudul Osama Bin Laden dan Imam Samudra Dari Bali ke Jateng selain beberapa buku berhubung teknik membuat senjata api.
Oleh kita tanganilah berita Dr Azahari ini dengan profesional dan matang jangan sampai minda kita dimasukkan dengan maklumat-maklumat ‘rubbish’….
http://tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=3512
AKU BUKANNYA ANTI KERAJAAN, DAN JUGA BUKAN PRO PENGGANAS…
AKU PENCHENTA KEAMANAN, PENCHENTA KEADILAN, PENCHENTA KEBENARAN..
AMAT PEKA DAN SEDIH DENGAN KEJADIAN2 YG BERLAKU AKHIR2 INI…
PERCAYAKAH KITA DGN PENIPUAN2 YANG DILAKUKAN OLEH MANUSIA2 YANG JELAS SGT ANTI DAN BENCI DENGAN ISLAM? TERBARU, YANG MASIH PANAS2 LAGIH, KEJADIAN BOM DI JORDON, YG KESAHIHAN KEJADIAN MASIH LAGI DIRAGUI… PERCAYAKAH KITA DGN SEMUA INI? SEDANGKAN PENGLIBATAN AL QAEDA ( kalau la betul dia wujud ) DALAM TRAGEDI SEPTEMBER 11 MASIH DIRAGUI OLEH RAKYAT MEREKA SENDIRI… SAMA2 LA KITA BERDOA, AGAR KEBENARAN YANG SEBENAR AKAN DITUNJUKKAN…..
AMIN YA RABUL ‘ALAMIN
( CINTAKAN TERTEGAKNYA AGAMA ALLAH DI MUKA BUMI..)

Leave a Reply